Judul

LIF
Penemuan Lif bermula sekitar 2900 Sebelum Masihi semasa orang Mesir menggunakan alat yang menyerupai lif untuk mengangkat batu-batu ketika mereka membina piramid. Lif mengalami inovasi dari semasa ke semasa. Kini, kita dapat menggunakan lif dengan selamat. Ikuti inovasi lif yang mengagumkan sepanjang zaman.
Pengarang: Comic Tribe & Aida Othman.
RM 6.90


 PENYERAP PETIR
Benjamin Franklin berjaya menemukan penyerap petir yang pertama di dunia. Penyerap petir dapat menyelamatkan kita daripada bahaya panahan petir. Ikuti segala hal yang berkaitan penemuan penyerap petir yang mengagumkan ini.
Pengarang: Norma Aisyah & Noor Shahariza Nordin.
RM 6.90

TELESKOP
Pada 1570, Hans Lippershey telah berjaya membuat teleskop yang sederhana. Galileo Galilei pula menciptakan teleskop berpandukan ciptaan Hans Lippershey pada tahun 1609 Masihi. Ikuti inovasi teleskop yang mengagumkan ini.
Pengarang: NIN Studio & Noor Shahariza Nordin.
RM 6.90
KAPAL SELAM
Kapal selam yang pertama telah dibina oleh Cornelius Drebbel pada 1620. Kapal selam mengalami inovasi tanpa henti sehingga USS George Washington menjadi kapal selam pertama yang dipasang peluru berpandu berkuasa nuklear. Ikutilah inovasi kapal selam sepanjang zaman.
Pengarang: Comic Tribe & Noor Shahariza Nordin.
RM 6.90

ROKET
Prinsip asas roket telah diperkenalkan oleh Archytas, dari Yunani pada tahun 360 Sebelum Masihi. Pada 1926, Robert Goddard melancarkan roket yang pertama kali menggunakan bahan api cecair. Sejak itu roket mengalami inovasi tanpa henti. Ikutilah perkembangan inovasi roket yang mengagumkan.
Pengarang: Comic Tribe & Noor Shahariza Nordin.
RM 6.90 

BATERI
Perkembangan ilmu tentang elektrik telah membawa kepada penciptaan bateri oleh Alessandro Volta. Bateri mengalami inovasi yang tidak henti-henti dan pada zaman kini sudah ada bateri yang dapat dicaskan semula. Ikuti inovasi bateri yang mengagumkan sepanjang zaman.
Pengarang: Uni Comic & Rahmad Amin Abdul Hamid
RM 6.90


JAM TANGAN
Penemuan jam tangan tercetus apabila manusia mula mengambil berat tentang waktu. Pada 3500 Sebelum Masihi, obelisk digunakan sebagai penunjuk waktu sebelum jam air, jam lilin, jam pasir, jam matahari, dan jam mekanik. Ikutilah inovasi jam yang berlaku tanpa henti ini.
Pengarang: Uni Comic & Rahmad Amin Abdul Hamid
RM 6.90


PENYAMAN UDARA
Ribuan tahun yang lalu, di Rom, golongan kaya mempunyai cara untuk menurunkan suhu di dalam rumah. Kemudian Michael Faraday menemukan cara baru untuk menyejukkan udara. Ikuti inovasi sistem penyejukan udara yang terus berkembang hingga kini.
Pengarang: Comic Tribe & Mastura Abd. Basar
RM 6.90

LOKOMOTIF
Penemuan lokomotif bermula apabila James Watt memperkenalkan enjin wap untuk kegunaan d kawasan perlombongan. Daripada enjin wap, tercipta lokomotif wap yang seterusnya tidak henti-henti mengalami inovasi hingga tercipta 'Magnetic Leviation'. Ikuti inovasi lokomotif dari dulu hingga sekarang.
Pengarang: Comic Tribe & Mastura Abd. Basar
RM 6.90


TERMOMETER
Galileo Galilei menciptakan termometer melalui penciptaan pertamanya yang dinamakan thermoscope pada tahun 1593. Thermoscope kemudiannya mengalami inovasi hingga tercipta termometer yang kini terdiri daripada pelbagai jenis dan fungsi. Ikuti inovasi termometer yang mengagumkan sepanjang zaman.
Pengarang: DS Studio & Aida Othman
RM 6.90


PERIUK NASI ELEKTRIK
Penemuan periuk nasi telah dimulakan oleh orang Jepun. Bermula dengan Kamado, Oki Kamado dan seterusnya Mushi Kamado, periuk nasi terus mengalami inovasi apabila tenaga elektrik disalurkan ke periuk nasi hingga menjadi periuk nasi elektrik.
Pengarang: Up Graders Studio & Aida Othman
RM 6.90

SETERIKA
Sejarah penemuan seterika bermula ribuan tahun yang lalu di Yunani. Seterika pada waktu itu berbentuk silinder dan berat. Seterusnya, satu demi satu seterika yang lebih praktikal diciptakan. Ikutilah inovasi seterika yang mengagumkan sepanjang zaman.
Pengarang: Sekolah Komik Pipilaka & Rahmad Amin ABdul Hamid.
RM 6.90


HELIKOPTER
Penemuan helikopter adalah inspirasi daripada permainan gasing terbang yang popular di Dataran Tiongkok sekitar 2000 tahun yang lalu. Pada 1796, Sir George Cayley telah menciptakan model helikopter yang pertama, Ikuti inovasi helikopter yang mengagumkan ini.
Pengarang: Dwianto Setyawan, Lendy W & Rahmad Amin Abdul Hamid
RM 6.90

ELEKTRIK
Penemuan elektrik bermula dengan penciptaan bateri oleh Alessandro Volta pada tahun 1799. Ikuti inovasi elektrik yang bermula daripada bateri pada abad ke-18 sehinggalah elektrik dapat disalurkan ke rumah kita pada abad ke-21 ini.
Pengarang: Azure & Mastura Abd. Basar
RM 6.90
KETUHAR
Ketuhar mula digunakan oleh penduduk di Lembah Indus pada tahun 3200 Sebelum Masihi. Kemudia ketuhar dimajukan oleh bangsa Yunani. Ketuhar turut mengalami inovasi. Kini tercipta ketuhar gelombang mikro yang canggih dan mudah digunakan. Ikuti inovasi ketuhar yang mengagumkan ini.
Pengarang: Petshopbox Studio & Noor Shahariza Nordin
RM 6.90

MESIN JAHIT
Kira-kira 20000 tahun yang lalu, manusia menjahit pakaian dengan menjadikan tulang atau gading sebagai jarum, manakala urat haiwan atau serat pokok sebagai benang. Mesin jahit mula dicipta oleh Charles Weisenthal pada tahun 1755. Ikuti inovasi mesin jahit seterusnya hingga tercipta mesin jahit berkomputer pada masa kini.
Pengarang: Comic Tribe & Mastura Abd. Basar
RM 6.90

MOTOSIKAL
Penemuan motosikal bermula daripada basikal yang ditambah mesin. Pencipta pertama motosikal ialah Sylvester Howard Roper dari Amerika Syarikat. Sejak tahun 1869 itu, motosikal mengalami inovasi sehinggalah kini. Ikuti inovasi motosikal yang mengagaumkan ini.
Pengarang: Sekolah Komik Pipilaka & Rahmad Amin Abdul Hamid
RM 6.90


ENJIN DIESEL
Graduan cemerlang, Rudolf Christian Karl Diesel berjaya mencipta enjin diesel yang merupakan pembaikan daripada enjin wap. Enjin diesel mengalami pelbagai inovasi dan kini banyak digunakan untuk pelbagai jenis oengangkutan. Ikuti inovasi enjin diesel yang mengagumkan ini.
Pengarang: Wibowo Vita Nugroho & Mastura Abd. Basar
RM 6.90


PEMBERSIH VAKUM
Pada era Revolusi Industri, penduduk ENgland mudah dihidapi penyakit yang disebabkan oleh habuk. Daniel Hess menciptakan pembersih vakum yang pertama untuk membersihkan habuk. Ikutilah inovasi pemebersih vakum hingga terciptanya pembersih vakum robotik era kini.
Pengarang: Sekolah Komik Pipilaka & Aida Othman
RM 6.90

 MESIN CETAK
Johannes Gutenberg mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk mencetak buku dengan mudah agar dapat dijual dengan harga murah. Ikuti inovasi mesin cetak di tangan Gutenberg ini bermula dengan blok kayu hinggalah terciptanya mesin cetak.
Pengarang: Blind Spot & Suhaimi Khalid
RM 6.90